Monday, March 01, 2004

Berakhirnya drama realiti kehidupan

32 hari aku dibiarkan tertanya-tanya dan dalam masa 4 hari, aku diberikan hukuman nya.
Semua nya telah berakhir.
Aku tak pernah terduga, tak sekali terlintas di fikiran, DIA akan tergamak melakukan nya.
DIA hanya sms yang dia akan memulangkan buku ku melalui pos dan DIA minta aku jangan sms atau hubungi nya lagi.
Permintaan ku untuk bersemuka bagai menanggguk di air yang keruh.

Really?? Saya tak sangka begini caranya kita akhiri persahabtan kita.

Aku mengharapkan untuk bertemu secara 4 mata dan beri dia peluang menjelaskan keadaan.
Dan berharap, biarlah ku berlalu tetapi sekurang-kurang kita akhiri hubungan ini dengan aman dan damai tanpa rasa benci yang bersarat di hati masing-masing.
Sekurang-kurang nya, seandainya kita bertemu lagi di masa hadapan, tiada rasa kesal di hati.
Dan mungkin, kita masih mampu untuk bertegur sapa.

Namun hasrat tak tercapai.

Sms itu meninggalkan aku gamam. Pandangan ku berpinar. Benar kah ini datang dari DIA?
Sungguh ku tak percaya. Sampai nya hati!

Tak mungkin ini datang dari seorang yg ku panggil kekasih hati.
Seorang yg ku kira ku kenal hati budi nya selama aku mengenali nya setahun.
Memang benar hubungan kita tiada dari segi ikatan.
Tiada dari segi istiharan.

"Cinta ku bukan di atas kertas.. Cinta ku getaran yang sama"

Ikatan yang lahir atas : ada getar dalam jiwa, ada debar dalam rasa.
Tapi debaran kita tidak lagi berdegup dengan rentak yang sama semenjak DIA melukakan hatiku akhir Disember lalu.

Apa dosa ku hingga dilakukan sedemikian?
Kenapa aku diperlakukan sebegini sedangkan aku cuba untuk tidak melakukan sedemikian pada mana-mana insan pun.

Aku cuba untuk tidak berburuk sangka.
Tapi kini semua nya telah terjawab. Aku temui punca nya. Lantas, ku temui jawapan nya.
Sesalan tidak terucap..bila kau berubah sikap..

Aku tak mampu benci DIA
Aku tak mahu benci DIA
Aku tak sanggup benci DIA
Aku tak ingin benci DIA

Dengan apa yang dilakukan pada ku, ku percaya DIA tak akan sanggup bertentang mata dengan ku seandainya kita ditakdir kan bertemu lagi di masa hadapan. Dengan rasa bersalah bermukim di hati. Itu pun jika DIA masih mempunyai perasaan bersalah dalam diri.

Yang pastinya...
Aku adalah sandaran...
Bagai hilang semangat diri
Keyakinanku...terlebur kini

Semalaman ku terpinga-pinga.
Membuka mata di pagi ini, masih terasa bagaikan satu mimpi yang buruk.
Seakan ku bertanya pada diri sendiri, "Benarkah ini yang terjadi di realiti hidup ku ?"
Masih terasa sebak di dada.

Semestinya ada hikmah disebalik ini semua. Ujian ku cukup hebat kali ini.

Akan ku redha kan pemergian mu..InsyaAllah.
"Semoga engkau bahagia..Di samping kekasih baru..Andainya engkau kecewa..Janganlah kau cari aku.."

Akhirnya satu drama realiti kehidupan.
*******************************

Pada semua rakan "bloggers" yg mengikuti perkembangan hidup saya, terima kasih yg tak terhingga kerana nasihat dan email anda memberi kata - kata dorongan.
Terima kasih pada Ikinz yg sudi mendengarkan luahan rasa terkilan ku semalam sehingga 2 pagi.
Terima kasih ku pada Gal@HDB dan Farah
Terima kasih ku pada MAK. She tried ways n means to distract me from being in a zombie state
Pada Along ku juga, I still need your support. Juga, cuzzie, Imah@chairama.

Masih ramai yang sayang pada ku~~

"If u think, I'll stumble n fall, think again" - Imah

And overall, I'm sure I picked myself up. Got to get myself busy with work, start learng for my Advanced Theory n something which I plan to do wif Mak. Hopefully by this year, InsyaAllah.

And for now, my acne is deteriorating. Time to consult the dermatologist. This time round, to be taken seriously.

" U are lucky coz' maybe u had touch so many people lives n bring happiness n memories to them till when u are down n heartbroken now, u have so many people around u giving morale support n gear u up, to move on" - Ikinz

I think so too~~
:-)

No comments: