As of now, that's it! I've adjusted it..dat's the best I can give as for now!
Will adjust again next week, when I come bAck to work kay, peepz!
Gonna take a break..will need to get fresh air n do other stuffs, apart from mengadap..kotak persegi ini..satu ciptaan manusia yang dinamakan KOMPUTER!
Take care alllz...
Ku akhiri dengan sebuah sajak yg dipetik dari sebuah buku.
Laku Manusia
Sedarkah manusia itu?
Rebah dalam usia laku
Lena dalam angkara
Kerana dendam wasangka.
Alpakah manusia itu?
Usia remaja nan berlalu
Bagai debu-debu rawak
Terkapai dungu kerana juak.
Jahilkah manusia itu?
Arah hidup tak berhala tuju
Teroleng-oleng menantikan jatuh
Terasing dalam khayalan jauh.
Lenakah manusia itu?
Indah dunia telah berlalu
Kerana diri rela diperhambakan
Tiada lagi cerita keabadian.
Bodohkah manusia itu?
Resah tiada tentu
Persahabatan dan persaudaraan dilontarkan
Ikatan hanya dengan persengketaan.
Matikah manusia itu?
Atau betah berpura kaku
Kehancuran dunia dibiarkan tinggal
Demikian manusia dikatakan berakal?
karya
Tin Seng Khiang
Besut,
Terengganu
No comments:
Post a Comment