Wednesday, January 21, 2004

Tembang Sekeping Hati

Aku berlari di sini
Meniti buih
Tersusuk sembilu
Mncari realiti kehidupan

Aku berlari di sini
Mengejar cita nan satu
Di penghujungnya
Aku tersungkur terluka

Kerana egomu
Langkahku mati
Bertemankan bunga sayu
Menyala api membara

Aku berlari lagi
Bagai lelayang di angkasa
Mencari dahan berpaut
Lewat peristiwa semalam

Aku berlari lagi
Menghadapi roda kehidupan
Meninggalkan senja
Mencari fajar

Padamu aku berpesan
Kuasa bukan jawapan
Menghancur gunung
Kalungan mutiara terungkai

************
"Tuhan Ku, izinkan aku memohon pada-Mu
Akhiri-lah percintaan, Bebaskan-lah segala derita mencengkam diri,
Biarkan aku sendiri mencari nilaian,
Untuk ku bebaskan diriku dari DIA"

No comments: