Thursday, September 01, 2005

Israk & Mikraj

Peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW ketika Isra' dan Mi'raj adalah
seperti berikut ;

Peristiwa Isra'
1. Orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat
Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah mencium bau yang
wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah

2 Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu
berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

3 Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang
sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka
menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.

4 Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang
yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

5 Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik,
balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

6 Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan
batu. Balasan orang yang makan riba.
Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam.
Balasan orang yang suka mengumpat.

7 Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya.
Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

8 Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula
ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.

Peristiwa Mi'raj

1 Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup
membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2 Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk.
Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

3 Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima
berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan
membuat dusta.

4 Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan
wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

5 Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang
serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga
keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur
kepada orang ramai.

6 Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7 Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya
lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk
membunuh janin.

8 Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api
dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9 Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu
keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

10 Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air
panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha
ke arah pergaduhan sesama manusia.

Semua ini menyebabkan umat Islam meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai Khalifah di muka bumi ini. Akibat keperkasaan dan kejayaan strategi yang digunakan, mereka (umat Islam) telah terkeliru dengan falsafah amal,dosa dan pahala. Lebih-lebih lagi dicanangkan dengan slogan "enjoylah masa muda ini puas-puas, nanti kalau dah tua baru bertaubat", golongan remaja seolah-olah 'hilang akal' dengan trend-trend moden yang disogok dan dimomokkan dengan pelbagai pesta. Seks, arak dan judi sudah menjadi pesta rutin saban hari. Tanpa disedari, maut pasti datang.

Ingatlah, daun yang muda kadang-kadang gugur juga begitulah juga nyawa
manusia. Mereka bebas semahunya tanpa ada konkongan agama dan budaya, halal
dan haram tidak diperdulikan, maklumlah apabila nafsu dan syaitan
berkerjasama semua yang jahat dianggap baik dan sebaliknya. Sedangkan menurut Islam, semua yang baik atau buruk tetap dikira amal. Apabila ditanya Mungkar dan Nakir barulah mereka menyesal kerana mereka tidak terfikir apa yang mereka lakukan di dunia dulu adalah AMAL JAHAT yang pasti mengundang ke NERAKA.

Email dari Az@ESPN

P.S: Happy Teachers Day!

No comments: