Rasa puas dapat meluahkan. Tapi yang penting ialah, ku cuba meluahkan isi hati dengan mengatur ayat - ayat ku di dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
Dah sekian lama tidak menggunakan dengan teratur. Macam dah karat tapi ku berpuas hati. Masih boleh diperbaiki.
Ada tak cikgu melayu yang sedang membaca blog saya ini? Apa komen anda?
Ku sedari yang cerita tentang cinta masih mampu menarik pembaca ataupun penonton. Patut lah, filem tentang cinta tetap menjadi No. 1 walaupun jalan cerita tetap sama - Cinta Tiga Persegi.
Baik filem Melayu jua Hindustan.
Ramai para bloggers yang antara sengaja mahu pun tidak, akhirnya memutuskan untuk berhenti dari terus menulis luahan hati di lelaman, dimana serata dunia dapat membaca nya.
Aku juga. Setelah berbual dengan nya dan dia juga mengetahui tentang seorang kawan kami yg telah berubah sikap dan tingkah laku secara mengejut nya. Bayangkan, dia mengetahui nya sedangkan jauh di luar negara.
Tidak mustahil jika dia juga akan terserempak di lelaman ku ini. Itu yang paling ingin ku elakkan.
Tidak "Kau" mahu pun "Dia".
Sumber inspirasi ku memutuskan untuk berhenti dengan mengejutkan para teman bloggers yang lain.
Terlalu mendadak.
Haruskah aku mengundur diri dari sini?
Akan ku fikirkan selama 7 hari aku tidak bertugas.
Jawapan nya, akan ku umumkan Rabu, 23 Syawal.
Aku kerkeringan. Minda ku enggan berfikir.
Aku kehabisan kata-kata.
Buah fikiran ku seakan mahu pupus pada tika ini.
Ada baik nya aku berhenti menaip buat sementara waktu.
Jam menunjukkan 1830.
Masa untuk pergi.
Salamz
~ayshy~
No comments:
Post a Comment