Monday, December 08, 2003

Aku Yang Kebingungan

Setiap kali jumpa insan itu, ada semacam kesedaran menyelinap ke dalam diri.
Ku janji pada diri sendiri, ia tak akan berlaku pada insan yg ku miliki ini.
Tak ada apa didalam dunia yang berharga yg ku punya selain dia.
Selagi nyawa dikandung badan, antara tanggungjawab dan kegemaran, InsyaAllah, akan ku cuba sempurnakan.
Ku percaya ia tak sepayah mana. Sekadar mendengarkan luahan hati dan berada disisi nya, insyaAllah ia
bisa dilakukan. Walaupun ada waktu nya, ia menyekat kebebasan dan batas pergaulan ku, ku harap is sesuatu yang berbaloi dan apa jua yg tersirat disebalik yang tersurat.

Ku tidak kemana-mana pada Jumaat yg lepas. Sekadar menjadi pendamping nya. Autograph bk dah kuserahkan pada nya tetapi tanpa dapat bertentang mata. Ia berlaku dengan pertolongan Gy dan terima kasih ku jua pada si DIA.
Gelak ketawa, gurau senda nampak nya bukan milik kita berdua hingga ke akhirnya.

Sabtu, ku menziarah rumah teman yg rapat. Kekenyangan kerana terlebih makan. Dapat juga ku sempurnakan niat ku untuk kerumah teman sekerja ku. Betapa pantas masa berlalu..
Awal tahun, ku hadirkan diri di majlis pernikahan nya, kini dia sudah berbadan dua. Cuma menunggu masa..

Semalam, ku kemalasan untuk buat sebarang kerja pun. Ntah. Payah.

Ku teringatkan dia. Mendengar suara dia, menyakinkan ku yang dia berdekatan dengan ku kini.
Gembira. Tak terkata. Walaupun hati terusik juga, ku pujuk hati, keluarga harus diberi keutamaan, baru selebihnya pada teman dan rakan taulan.
Masa nya akan tiba jua.
Dia pasti ketahui jua.
Hanya Aku.
Aku yang terlalu takut mengecewakan sahabat sendiri.
Akan kah kau mengerti?
Aku,yang pasti, diakhir semua kekeliruan dan ketidakpastian ini, akan kecewa.
Ada pangkal pasti ada penghujung.
Mungkin ia sekarang sudah di pertengahan. Menghitung hari, kelak kau akan dimaklumkan jua.
Cinta Tiga Persegi.
Ku pikir hanya di dalam wayang gambar.
Epilog nya, pasti ada yang mengalah dan cita sejati dapat dipertahankan.
Tetapi ini realiti.
Bukan fantasi.
Sama ada aku yang kecewa. Atau engkau yg undur diri. Mungkin juga kita sesama akan tinggalkan dia,
dan antara kita bertiga, payah untuk bertegur sapa semula.

Epilog Cinta Tiga Persegi Ini.
Pelakon Utama: Aku, Engkau dan Dia.
"Jangan suka main cinta kalau tidak sayang kasih mesra."
Kekata ini untuk siapa?
Ku fikir untuk DIA

Penerimaan penting juga.
Penerimaan Aku, Kau dan DIA.

Di akhir pementasan ini, kalau engkau menolak, dia kecewa. Tapi ku tak ingin memaksa. Inikan pula atas dasar simpati.
Setiap perhubungan, biar kerana kasih, bukan kasihan.

"Mengapa mata ku tak terpejam walau pun malam telah berakhir"
Sungguh menyeksakan.
Entah mengapa, hati kecil ku kuat mengatakan AKU yang akan berasa kecewa dan kecundang di akhir garisan.
Mungkin ini giliran ku untuk merasakan. Kerana ku pernah mengecewakan insan - insan yang datang menghulurkan kasih dan sayang.
Semalam, aku berpikiran. yang ditemani titisan yang tak dapat dielakkan.
Bila hati berasa sendu, ia beringan pastinya.

Jangkaan.
"Berbagai persoalan bermain di fikiran,
jika tersalah langkah, ku akan tertekan.
Hati ingin bertanya, mencari jawapan nya,
tapi ku takut disalah erti kan"

Tapi masalah tanpa berbincang dan menyuarakan amat merbahaya.
Kerana ia membuat minda dan hati membuat andaian dan tanggapan yang mungkin tidak benar. Salah. Bagaimana jika ia tidak pernah terlintas di fikiran. Dan masalah akan melarat. Bila akan berakhir? Apa kesudahan nya?

Terlalu banyak persoalan yg memaksa aku mencari jawapan. Yang pasti, aku tidak dapat menyelesaikan masalah ini sendirian.
Ia melibatkan dua jiwa lain. Betapa cinta menjadikan aku seorang pemikir.
Pemikir yang berkerja keras mencari jawapan yang bernas untuk dibentangkan.
Andai kata, Allah menentukan 3 jiwa ini bertentang mata di suatu masa yang sama, suatu hari nanti,
akan berjaya kah aku memberi alasan-alasan yg boleh diterima oleh hati dan akal?

Aku sendiri tak pasti apa tindak balas ku nanti.
Akan kah aku berdusta, cuba untuk tidak melukai nya walaupun hati sendiri payah untuk menerima?
Aku hanya seorang wanita.
Yang mengerti apa makna cemburu.

Kalau aku tidak dapat menerima dengan hati yang tenang dan akal yang waras, pasti dia akan menjadi seorang pesalah seumur hidup.
Kalau pun aku mencari Dia sekarang, pasti tidak akan membawa apa - apa makna.
Yang penting, ialah reaksi.
Reaksi mata dan gerak gaya dia mendengar masalah ku ini
Aku ingin melihat reaksi dia.
She's now back in SG, Mr...

Atau aku harus terus-terusan melakon watak sebaik mungkin?Sampai bila?

No comments: