Tuesday, February 22, 2005

Hidup Nyata

Dengan hak apa aku diberitahu
Hidup ini kepenuhan nikmat mimpi
Kebisuan sendiri di tengah keributan tegang.

Jauh kuturut keputusan bimbang begini
Mencari penemuan disorak-sorak buatan
Kerana penglihatan yg tak dapat kutolak

Berganjak kakiku mahu mengejar bayangan tertayang
Aku tidak betah bertahan tanpa harapan
Tersisih menggilai kenytaan tidak berwajah

Bicaraku disini kerana diberitahu:
"Kekurangan tiap tindak menguasai latar hidup"

Mempersonakan

No comments: