SINGAPURA KERAP BUAT KESILAPAN
Penguasaan selama empat tahun berakhir
Oleh
Zainal Jamari
SINGAPURA mengucapkan selamat tinggal pada penguasaannya selama empat tahun ke atas bola sepak Asia Tenggara apabila tumbang 1-0 kepada Vietnam di Stadium Negara semalam.
Dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam pertemuan separuh akhir yang pertama di Hanoi pada Rabu lalu, Singapura yang telah memenangi Kejohanan Bola Sepak Suzuki AFF sejak 2004, tersingkir dengan kekalahan agregat 1-0.
Vietnam, naib juara 1998, kini akan berdepan dengan Thailand pada 24 dan 28 Disember ini untuk menentukan siapakah yang bakal ditabal raja bola Asia Tenggara.
Perlawanan kelihatan berkesudahan seri dan diteruskan dalam masa tambahan apabila pemain gantian, Nguyen Quang Hai, muncul menjaringkan gol tunggal perlawanan.
Sekitar 40,000 penonton tempatan dikejutkan dengan gol yang dijaringkan pada minit ke-75.
Le Cong Vinh mendapat bola di kiri di tengah padang sebelum membawanya ke kotak penalti dengan barisan pertahanan Singapura gagal mencegahnya. Cong Vinh mengumpan bola ke tengah menewaskan Lionel Lewis dan Quang Hai yang meluru ke kotak penalti Singapura menolaknya ke gawang yang terngangah.
Singapura melancarkan serangan demi serangan selepas itu dan beberapa kali nyaris memperoleh gol penyamaan. Singapura menunjukkan persembahan yang jauh lebih baik daripada di Hanoi tetapi kerap melakukan kesilapan apabila gagal menyekat kemaraan para pemain Vietnam, yang meskipun bertubuh lebih kecil, tetapi ligat seperti lipas kodong.
Singapura mendapat tendangan sudut dua kali berturut-turut pada minit ketujuh dan kelapan, tetapi tiada yang diperolehi daripada kedua-duanya.
Pada minit ke-15 berlaku insiden yang melibatkan Mohd Shahril Ishak dengan pemain Vietnam yang nyaris mencetuskan pergaduhan antara semua pemain apabila pemain kedua-dua pasukan menyerbu ke arah satu sama lain dan berlaku tolak-menolak. Mujur pengadil Subkhiddin Mohd Salleh dari Malaysia dapat menenangkan keadaan.
Sehingga itu, para pemain Vietnam nampaknya mempersoal setiap keputusan pengadil dan meluru ke arah pemain Singapura setiap kali berlaku kekasaran.
Singapura mendapat peluang baik pada minit ke-19 apabila hantaran jauh Daniel Bennett disambut oleh Mohd Noh Alam Shah. Namun pemain itu bertindak terburu-buru merembat bola melewati palang gol Vietnam.
Tiga minit kemudian, mengumpan bola kepada Muhd Ridhuan Muhd yang kemudian membuat hantaran cantik kepada Alam Shah.
Tetapi dengan hanya berdepan penjaga gawang Vietnam, Duong Hong Son, penyerang Tampines Rovers itu hanya dapat membuat cubaan yang lemah.
Begitu sekali penguasaan Singapura pada awal permainan sehingga Vietnam terpaksa menunggu hingga ke minit ke-25 sebelum membuat cubaan pertama ke arah gawang Singapura. Itu pun tendangan Nguyen Vu Phong tersasar jauh.
Pada minit ke-35, Alam Shah membuat cubaan akrobatik yang cantik dari pinggir kotak tetapi bola melambung keluar sahaja.
Seminit sebelum tamat perlawanan biasa, Singapura mendapat peluang terbaiknya untuk membuka jaringan apabila daripada satu tendangan sudut dan perebutan bola yang menyusul, Agu Casmir menolak bola ke gawang Vietnam dan hanya diselamatkan oleh seorang pemain pertahanan pada atas garisan.
******************************************************
" MEREKA datang dengan seribu harapan. Mereka menjerit bersorak sebagai lambang sokongan. Sayangnya, lebih daripada 40,000 penonton pulang dengan langkah kehampaan."
Oh yes, I'm among the 40 000 that went home dissapointed but guess that's part & parcel of a football game. Both teams wanna win, after much effort, with no luck, one team have to admit defeat.
First time went in using Media Pass. Brought along my mum. Enjoyed the night overall..what's with the live atmosphere at the stadium & with Sofya around. Caught my online buddy whose on duty as AFF official.
And what makes me went down to watch football game live again after 14 years? No. 5 

2 comments:
hello siti!! noh rahman makes u melt eh. siti? but he didnt play so well that day.. maybe too pressurize being the captain for the first time for the national team. HAHAHA..
Hi Di! I won't say he makes me melt..knew him way back b4 he becomes national player..he's my sch mate laa..just went down giving morale support. I only melts for Anuar Zain tau..heehee
Post a Comment